Monday 8 August 2016

Wan Rusmayiah Wan Mamat.

Assalamualaikum. ..
salam perkenalan dari saya Wan Rusmayiah binti Wan Mamat.

Alhamdulillah. Bersyukur saya kepada Allah dengan izinNya saya dapat memulakan tulisan pertama saya melalui medan blog.Sudah lama saya berhajat menguasai ilmu berblog ni,tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Memang benar sesungguhnya Allah menentukan kadar masa dan sesuatu perkara itu terjadi.Itulah Pentingnya sifat Bersabar,kerana kita tidak tahu Perancangan Allah untuk kita.Sekarang masa dan keadaan yg paling sesuai saya mempelajari ilmu "Blog" dengan guru yg tepat dan sesuai dengan saya.Terima Kasih Cikgu "Anys Idayu Zakaria" kerana sudi mencurahkan Ilmu yg sangat bermanfaat ini.Saya Doakan Semoga Allah menambahkan Rezeki dan keberkatan dalam kehidupan Cikgu.
Tak lupa juga kepada kawan saya "Ezzalin Sidek" yang menawarkan kepada saya untuk menyertai kelas "Asas Blog online".Inilah hikmah sifat ikhlas dalam persahabatan.Terima kasih sahabat semoga Allah memberkati kehidupan lin sekeluarga.



Kembali kepada salam perkenalan.
Nama yang diberikan oleh ibu saya Siti Meriam bt Dollah bersama Arwah Ayah saya Wan Mamat Wan Hassan ialah
 " Wan Rusmaviah" tetapi yg tertulis di surat beranak "Wan Rusmayiah".walaupun perbezaan hanya pada huruf "V" dan "Y" ia tetap memberi kesan.Pernah saya bertanya kepada Arwah ayah, "Wan...kenapa nama yeoh tak sama dalam buku dengan  dalam surat beranak"?.jawapan arwah ayah saya " polis waktu tu tak berapa pandai nak menulis,kat dalam buku tu cikgu yang tulis".
Walau apa pun nama manja saya tetap 'yeoh'.kawan-kawan selalu tanya kenapa saya dipanggil dengan panggilan 'yeoh'.Itulah dia setiap nama ada maknanya dan sejarahnya tersendiri.

Itu sejarah di zaman kanak-kanak.Sekarang saya sudah berumur 36 tahun dan dianugerahkan dengan 3 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki.Yang dalam kandungan ini bakal lahir pada 10.10.2016.Belum diketahui lelaki atau perempuan.
Bila sudah menjadi seorang ibu ,saat yang sangat saya fobia ketika memilih nama terbaik untuk anak.Apa yang selalu saya lakukan ialah saya akan berbincang dengan suami untuk memilih 3 nama kemudian saya tulis pada kertas dan  gulungkan kertas itu.selepas itu saya akan baca surah Al Fatihah memohon pertunjuk daripada Allah .Saya akan buat cabutan sebanyak 7 x (mengambil keberkatan surah al fatihan yg mengandungi 7 ayat) dan nama yang paling banyak ketika cabutan undian dibuat nama itulah yang akan saya pilih untuk anak saya.
 Hasilnya ini lah nama-nama cahaya mata saya:-
1.Mardiatul Anisah bt Mustapa Azam.
    (13 tahun)
2.Miera Afreyna bt Mustapa Azam
   ( 11 tahun)
3.Muhammad Wazief Muazzam bin Mustapa Azam.
   ( 6 tahun)
4.Maritza Asfa Fathanah bt Mustapa Azam. (4 tahun)
5.Muhammad Wafier Rizqi bin Mustapa Azam ( 1 tahun 9 bulan)
6.coming soon oktober
(sedang mencari -cari)

Memang seronok ada anak ramai..dan memang sangat mencabar kesabaran dan kebijaksanaan saya sebagai ibu . Seringkali kawan-kawan dan orang sekeliling bertanya kepada saya"Tak Penat ke?"..Doktor pun tanya benda yang sama.Bagi Saya anak itu rezeki dan Amanah.kita perlukan Ilmu dan strategi untuk melaksanakan amanah.
Alhamdulillah dengan ilmu yang saya perolehi dengan menghadiri pelbagai krusus "Pendidikan awal kanak-kanak" banyak membantu. Walaupun pada awalnya saya menyertai krusus untuk kelas Tadika Dan KAFA yang saya usahakan,ilmu-ilmu yang saya perolehi begitu banyak membantu saya sebagai seorang ibu.

Inilah salah satu tujuan saya menulis blog iaitu untuk berkongsi ilmu dan pengalaman sebagai Suri Profesional.
In Sya Allah dengan bimbingan Cikgu Anys Idayu Zakaria saya akan berkongsi ilmu di sini untuk manfaat kita bersama.

Slogan saya
"Suri Profesional melahirkan Keluarga bahagia"

Sekian untuk kali ini In Sya Allah berjumpa lagi.





6 comments:

  1. Terus kn usaha anis akn mendoakn umi😉

    ReplyDelete
  2. Terus kn usaha anis akn mendoakn umi😉

    ReplyDelete
  3. Ramai anak, murah rezeki kan Puan. Saya pun bakal melahirkan anak ketiga november ini, insha Allah. Semoga Allah mudahkan proses bersalin kita nanti 😊

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete