Monday 22 August 2016

ISNIN OGOS 2016,

ENTRI 4 : DUNIA USAHAWAN.

TEKS : WAN RUSMAVIAH
FOTO : WAN RUSMAVIAH

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT,SALAM KEBAHAGIAN.

Pagi yang indah ini rose nak berkongsi pengalaman menghadiri kelas Seminar My Documents urus bisnes gaya korporat. yg diadakan semalam di kuala Lumpur.

sebenarnya rose tak pernah terfikir pun nak ke seminar macam ni,dan tak tahu pun ada seminar my document.tetapi masaalah yg rose hadapi selama menguruskan 2 buah perniagaan memang rose lemah bab ni.ada jer yang tak betul,tak cukup masa dan tak tahu nak susun macam mana.

pernah dengar tak "jodoh pertemuan itu telah ditakdirkan"? kita selalu memahami maksudnya sekadar pertemuan dengan pasangan hidup.sebenarnya maksudnya lebih luas,ia merangkumi keseluruhan kehidupan kita.pada awal pagi jumaat,rose bersiap-siap utk keluar.hubby tanya nak kemana.rose cakap tak tahu lagi nak ke mana tetapi banyak benda yg nak kena buat hari ni.tapi rasanya pagi ini rose nak ziarah Ezzalin lah..dah lama duk bertangguh nak jumpa dia.

Allah yang merancang.lama jugak kita orang berborak bertukar idea dan pendapat.lin ajak rose join kelas SMD.katanya percuma jer sebab dia dapt 10 tiket percuma.wah best ni.rose cuba ajak bestfriend..noni.Alhamdulillah Allah permudahkan jalan semuanya teratur cantik.masaalah utama kami ialah siapa nak jaga anak-anak.Alhamdulillah Allah membukakan hati Suami kita orang untuk menjaga anak-anak tanpa beralasan.wah seronok kan bekerjasama.walaupun dalam hati gembira tapi tetap rasa eeee boleh ke tinggal anak-anak kat laki aku ni.hahaha..hati ibu memang macam tu cepat risau pasal anak-anak ni.
Kami bertiga terpaksa parking kereta kat lrt ampang dan naik lrt ke bandaraya kerana jam 7.oo hingga 9.00 pagi jalan Tar ditutup utk acara berbasikal.dah berbelas tahun tak naik Lrt.rasa macam banyak yang tak tahu.sampai stesyen bandaraya kami berjalan kaki ke hotel premier.ezzalin dan noni tak berhenti tanya..kau ok ke..nak jalan ni.hati2 berjalan tu.meraka risau sebab rose mengandung 8 bulan.rasa macam tak mengandung,laju jer berjalan .semangat nak masuk kelas.takut terlambat nanti tertinggal maklumat.

Syukur sampai jer program baru nak mula..dapat duduk barisan depan.memang dewan penuh. 700 orang peserta yang beraura positif dan bersemangat.

Mula - mula cikgu Ab Basit menceritakan kpd kami kehebatan orang Orang yang mempunyai ilmu sangat tinggi kedudukan mereka dan sangat rendah ego mereka.

Banyak perkara baru yang kami tak tahu.apabila diberi tahu kami rasa teruknya diri kami.dan yang lagi teruk kami bakal menghadapi masaalah besar kerana kebodohan dan ketidak pedulian kami.

Tahu tak,Kalau kita mengambil pekerja walaupun seorang dan tidak mencarum kwsp kita bakal dikenakan penjara 2 tahun atau denda Rm 10 ribu atau kedua duanya sekali.Huh.....teruknya kalu terkenakan.sebenarnya saya pernah terkena .nasib baik dapat berunding dengan baik.ya lah sebab waktu tu rose baru memulakan perniagaan dan tak tahu langsung tentang kwsp.

Satu perkara yang sangat penting dan yang kita tak tahu kesan apabila kita mempunyai perniaga enterprise secara perkongsian.sekiranya salah seorang partnership kita meningal .akaun akan dibekukan.bayangkan macam mana perniagaan nak beroperasi.dan kasihan kepada waris yang terpaksa bersusah payah.

Sebenarnya banyak sangat perkara yang hendak dikongsikan di sini.in sya Allah rose akan sambung lagi di lain kali.

"Siapa kita hari ini berdasarkan siapa kawan kita 5 tahun yang lalu.siapa kita 5 tahun akan datang adalah bergantung kepada siapa kawan kita hari ini."

BERSYUKUR SANGAT DAPAT BERKAWAN DENGAN ORANG ORANG POSITIF DAN AKTIF DALAM DUNIA PERNIAGAAN.




Jom kita rapatkan barisan bersilaturahim.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. terbaik kak rose, kuat semangat walauun sarat mengandung

    ReplyDelete
  3. Teruskn usaha... Anis sentiasa sport umi...

    ReplyDelete